Terlebih dahulu ucapan tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia kerana telah menunjukkan semangat juang sangat tinggi semasa berjaya mengalahkan pasukan Iraq 1-0 dalam pertandingan Piala Antara Benua di Stadium MBPJ.
Ternyata kemenangan tersebut menunjukkan bahawa sebenarnya Malaysia tidaklah ketinggalan jauh sangat (walaupun rangking dunia sekarang ke 170) dalam tahap prestasi dan persembahannya.
Saya berani berkata demikian kerana pada perlawanan tersebut, saya merupakan antara ribuan penonton yang turut berada di stadium tersebut menyaksikan perlawanan tersebut.
Dari awal wisel mula ditiup hingga ke minit terakhir, persembahan anak buah B. Sathianathan tidaklah terlalu teruk sehingga boleh menunjukkan tahap rangking terkini dunia sedemikian rupa.
Oleh demikian, mulalah bermain di benak fikiran saya kenapa sampai begitu teruk sekali rangking dunia kita walaupun sebenarnya pasukan bola sepak Malaysia sebenarnya ‘boleh bermain bola’ sebagaimana pasukan dunia yang lain.
Adakah ianya disebabkan oleh kurangnya pendedahan di peringkat antarabangsa yang sepatutnya dilakukan oleh FAM sejak dari dahulu lagi? Ini kerana kalau kita tengok, kurangnya perlawanan persahabatan secara berkualiti dan antarabangsa kepada pasukan kita.
Cuba tengok pasukan dari Asia yang lain, jika ada jadual untuk perlawanan persahabatan antarabangsa, mereka juga turut menyertainya walaupun pada awalnya sudah pasti akan dikenali pasukan ‘belasahan’.
Ini mungkin merupakan antara faktor kenapa pasukan tetangga kita seperti Singapura, Thailand dan Vietnam sekalipun telah mula menunjukkan taring mereka setidak-tidaknya di peringkat Asia (perlu diingatkan bahawa Malaysia pernah menjadi jagoan Asia pada masa dahulu malah pernah layak ke Olimpik sebanyak dua kali).
Atau adakah FAM telah terlupa akan tujuan asal penubuhannya iaitu demi menjaga dan membangunkan prestasi bola sepak negara? Cuba kita tengok sekarang, bukan prestasi pasukan yang digembar-gemburkan sekarang tapi lebih difokuskan pada perkara sampingan iaitu tentang ‘perebutan kuasa’ penganjuran Piala Belia-Belia (CYC).
Apalah sangat kuasa penganjuran tersebut dibisingkan walhal kalau dibisingkan sangat sampai prestasi pasukan negara ‘macam tue jugak’ buat apa? Buat apa dianjurkan kejohanan yang besar-besar tapi keputusannya Malaysia sama ada tak di tempat kedua atau mungkin di tempat pertama dari tercorot?
Inilah antara masalah yang saya rasa kenapa prestasi pasukan negara kita masih di takuk yang lama atau meningkat sedikit, mungkin.
Sebenarnya pasukan Malaysia boleh maju ke depan dan setaraf dengan pasukan negara lain di dunia kerana kita mempunyai tahap infrastruktur sukan antara terbaik di dunia.
Yang jadi masalahnya, para pemimpin (politik) sukan di Malaysia lebih mementingkan ‘hal peribadi’ atau mementingkan nama daripada maruah negara dan kebajikan para pemain (tidak hairanlah kenapa gejala rasuah masih berlaku di kalangan pemain).
Sekiranya perkara ini diambilberat oleh semua pemimpin sukan tidak kiralah sukan apa, maka tidak mustahil Malaysia boleh menakluk rangking dunia.
Saya berkata sedemikian, kerana sukan bola sepak di Malaysia sudah tenat! peminat-peminat bola sepak kita sudah bosan.Amat menyedihkan lagi majoriti anak-anak muda sekarang termasuklah saya sendiri sudah ketagih dengan aksi bola sepak orang luar terutamanya epl.
Pengaruh mereka sungguh besar, contohnya baru-baru ini saya berada di hartamas square, kl untuk menyaksikan perlawanan akhir di antara Chelsea dengan Manchester United dan keputusannya Manchester United telah menang dalam perlawanan tersebut.Kemenangan kelab inggeris tersebut menimbulkan suasana yang bingit mengalahkan stadium di moscow.
Piala Malaysia pun tak seriuh begini.Apakah yang kita dapat dari kemenangan tersebut?Ya kita hanya dapat kepuasan! kelab yang kita bangga dan suka telah menang dan paling utama kita hanyalah menang sorak.Sekarang, demam uero pula bakal melanda.Adakah kita ingin menang sorak lagi?lu pikir la sendiri..